Berikut adalah beberapa pengumuman penting untuk rakan-rakan ahli BKASS:
1- Pertemuan dan perbincangan Diskusi BKASS kali pertama akan di adakan pada hari jumaat, 27 Mac 2008, selepas solat asar, bertempat di rumah Saudara Syed Amni. Program ini hanya melibatkan ahli ikhwah sahaja. Antara agenda pertemuan ialah: Perbincangan dan pembentukan kumpulan diskusi BKASS (ikhwah sahaja) dan sedikit taklimat dari wakil ajkt. Jamuan ringan akan disediakan. Semua ahli BKASS (ikhwah) dijemput hadir. Sila hubungi saudara Syed Amni (0966527295) untuk mengetahui lokasi rumah.
2. Pihak pengurusan BKASS telah melantik beberapa penghulu kawasan (ikhwah sahaja) bagi melicinkan perjalanan agihan iklan dan berita. Berikut adalah senarai penghulu kawasan:
- Kawasan Bukit: Saudara Aie ( duduk serumah dengan ustaz wan jordan - rumah lama saudara Jailani Mamat)
- Kawasan Mujtahid Satu ( Dari Mujtahid sehingga ke suq Sarejeh): Saudara SyafiQ
- Kawasan Mujtahid Dua ( Dari Mujtahid sehingga ke Haiyu Taqaddum): Saudara Nasrul Islam (0947616629)
Tugas penghulu kawasan ialah:
- menjadi wakil kepada ajkt di mana iklan-iklan, buletin dan maklumat terkini akan diserahkan kepada ahli melalui wakil yang dilantik.
Di harapkan kepada seluruh penghulu yang dilantik agar dapat memikul tanggungjawab dengan sebaiknya dan seterusnya sentiasa menghubungi Saudara Turmizi (Setiausaha) bagi mengetahui berita dan program terbaru.
Kepada seluruh ahli, bolehlah menghubungi saudara Turmizi (0967405225) untuk mengemaskini data (No Telefon dan Email) bagi memudahkan proses pengagihan iklan berjalan dengan lancar.
3- Kepada pelajar-pelajar dari Selangor di Syria yang masih belum mendaftar sebagai ahli, anda bolehlah mendaftar secara lansung kepada Setiausaha BKASS, Saudara Turmizi (0967405225). Bagi pelajar yang telah mendaftar tetapi tidak disenaraikan namanya di dalam website ini, sila hubungi setiausaha untuk tindakan selanjutnya. Senarai nama ahli bolehlah di lihat melalui pautan ini:
Senarai Ahli Ikhwah