Pengenalan Badan Kebajikan Anak Selangor Syria
Pengenalan:
Badan Kebajikan Anak Selangor Syria (BKASS) telah ditubuhkan secara rasmi pada bulan Jun 1997. Badan ini ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kepentingan anak-anak Selangor yang berada di Syria dari sudut kebajikan, akademik dan sebagainya. Ia juga berfungsi sebagai pusat latihan kepimpinan berorganisasi bagi melahirkan anak-anak Selangor yang mampu memimpin masyarakat setempat kelak. Di samping itu, BKASS ditubuhkan bagi menguruskan permohonan zakat anak-anak Selangor melalui Pusat Zakat Selangor (PZS) di bawah Unit Dermasiswa PZS.
Objektif:
-
Menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Syria.
-
Melatih anak-anak Selangor dalam organisasi.
-
Menguruskan permohonan zakat melalui PZS.
-
Melahirkan ahli yang berilmu.
Kronologi BKASS:
- Mesyuarat Agung Pertama di adakan pada tahun
- Draf Perlembagaan BKASS pertama kali di gubal pada tahun
- Logo BKASS secara rasmi telah direka pada tahun 2008
- Majlis tautan mahabbah kali pertama di adakan pada tahun 2008 . Ia bertujuan untuk memperkenalkan barisan exco yang baru dilantik kepada seluruh ahli bkass.
- Website BKASS pertama kali dilancarkan pada tahun 2009
- Buletin BKASS pertama kali diterbitkan pada tahun 2009
YDP BKASS
- 2005 - Ustaz Mohd Sharaf bin Bajuri
- 2006 - Ustaz Mohd Sharaf Bin Bajuri
- 2007 - Ustaz Nakhaie Bin Mohd Nafiah
- 2008 - Ustaz Rahmatullah Bin Abd Kader
- 2009 - Ustaz Rahmatullah Bin Abd Kader
