Rehlah BKASS berjaya (Halab- Hama - Homs)
Dimasyq, Isnin 17 Ogos : Rehlah ahli bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Syria pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan. Kali ini, Halab, Hama dan Homs sekali lagi menjadi tumpuan ahli. Seramai 45 orang pelajar yang terdiri dari anggota BKASS dan beberapa anggota luar telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Program dimulakan dengan perhimpunan ahli pada malam Isnin (16 Ogos 2009) dan rombongan bertolak terus ke distinasi pertama (halab) pada tepat jam 11.30 malam dan sampai di destinasi pada jam 4.30 pagi. Selepas sarapan solat subuh dan sarapan pagi, para peserta dibawa menziarah beberapa tempat yang menarik di halab seperti masjid Umawi, Qalaah Sam'an, Qalaah Halab dan Suq Hamidi.
Pada tepat jam 12.00 tengahari , rombongan bertolak ke destinasi seterusnya iaitu Maqam Saidina Umar Bin Abdul Aziz yang terletak 1 jam perjalanan menuju Hama. Seterusnya para anggota rombongan dibawa menziarahi kincir air tertua di dalam sejarah peradaban manusia yang terletak di Hama (sebuah kota yang pernah mencatat sejarah hitam pembunuhan besar-besaran satu ketika dahulu). Destinasi terakhir yang menjadi tempat persinggahan ahli adalah Masjid Saidina Khalid Bin Al-Walid di Homs (bandar ketiga terbesar di Syria). Perjalanan program berjalan lancar sepanjang rehlah dan para ahli berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh ajk yang bertugas. Pihak kepimpinan BKASS mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengarah program : Ustaz Nasrul Islam dan jawatankuasa kerjanya yang bertungkus lumus menjayakan program kali ini.
Menunggu Sarapan di Jamie Umawi Halab
- Kiriman:
