(MONOLOG) Kenapa Syria Sedang……
Oleh: Muhamad Zamri Abdul Rahman (puterazz)
Kenapa Syria sedang kita tidak dirai
Kenapa Syria sedang Iqamah sukar diperolehi
Kenapa Syria sedang diri sentiasa diperhati
Kenapa Syria sedang diri tidak dipeduli
Kenapa Syria sedang berdiri atas kaki sendiri
Kenapa Syria sedang keluarga dirindui
Kenapa Syria sedang perlu berkorban diri
Syria destinasi mencari cinta hakiki
Menjadi hamba yang sedar diri
Agar gerun pada Ilahi
Sedang ia perlu dibajai
Dengan ilmu yang mantap dalam diri
Biar pahit susah belaka
Kerana cinta ketepi segala
Moga mendapat redha Yang Esa
Agar selesa di dunia sana
- Kiriman:
