Ifthor Jamaie dan Diskusi kali ke tiga

Isnin, 14 Septemer (24 Ramadhan), PPMS (Damascus):  Seramai 40 ahli (ikhwah dan akhawat) telah menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa untuk anak-anak Selangor dan Kuala Lumpur di Syria yang berlansung di rumah PPMS hari ini. Majlis yang bermula seawal jam 4.30 petang dimulakan dengan majlis bacaan al-quran beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mujahid Bin Saleh Sani. Majlis seterusnya diikuti dengan program diskusi anak BKASS kali ke tiga yang dipengerusikan oleh Ustaz Nasrul Islam Bin Darus. Diskusi kali ini diisi oleh dua orang pembentang iaitu Ustaz Hairul Faizal Bin Isa dan Ustaz Syed Mohammad Ishak Bin Syed Abu Bakar. Bagi pihak akhawat, majlis dimulakan dengan bacaan al-mathurat. Seterusnya diikuti dengan penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah Amir Ramli yang dipengerusikan oleh Ustazah Aisyah Adnan. Majlis taujihat dari YDP iaitu Ustaz Rahmatullah Bin Abdul Kader yang dijadualkan berlansung, terpaksa ditangguhkan akibat kesuntukan masa. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama selepas solat maghrib berjemaah di rumah PPMS.