Iklan

kekasihku bekata..

Dakwah Rasulullah SAW

Imam Ahmad telah memberitakan dari putera Sa'ad, sedang ayah Sa'ad sendiri yang menunjukkan jalan ke Rakubah (perjalanan di antara Makkah dengan Madinah).

Berkata putera Sa'ad, bahwa ayahku telah menceritakan kepadaku, bahwa Rasulullah SAW bersama-sama dengan Abu Bakar ra. telah singgah di kampungku. Sebenarnya Abu Bakar ra. ingin melihat puterinya yang kecil sedang disusukan di kampung kami dan Rasulullah SAW pula inginkan jalan pendek ke Madinah.

Berkata Sa'ad kepada Rasulullah SAW: "jalan melalui Rakubah ini ada dua orang perompak dari suku Aslam, dikenal orang dengan panggilan Dua yang terhina!, jika engkau ingin melalui jalan ini, kami akan menunjukkannya". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak mengapa, tunjukkanlah jalannya kepada kami!".

MAT BKASS x 4 & Sambutan Aidil Adha 1430

Assalamualaikum,

Kepada seluruh warga BKASS,

Kami dengan sukacitanya ingin menjemput anda semua menghadiri Mesyuarat Agung BKASS 2009 & Sambutan Hari Raya Aidil Adha 1430 yang akan berlansung pada:

  • Tarikh: 4 Disember 2009
  • Hari : Jumaat
  • Waktu: Bermula jam 7.30 pagi
  • Tempat: Rumah PPMS

 

Justeru itu, sebarang usul dan cadangan berkenaan dengan BKASS bolehlah diajukan sebelum 2/12/2009 kepada Setiausaha BKASS : saudara MOHAMMAD TURMIZI BIN HUMAIDI dengan menghubungi beliau di talian: 0940281840, atau terus menghantar email ke alamat: anakselanglorsyria@yahoo.ca.

 

Anda juga digalakkan untuk menyemak semula perlembagaan BKASS sebelum membuat sebarang usul atau cadangan bagi memastikan usul dan cadangan yang diberikan dapat dibahaskan dengan baik di dalam mesyuarat yang akan berlansung. Perlembagaan BKASS boleh didapati di sini

Di antara tentatif menarik pada hari tersebut adalah:

  • Hidangan Juadah Hari Raya
  • Pengagihan Tabaru'
  • Sesi Fotografi
  • Pengagihan Borang Zakat
  • Taklimat Twitter BKASS

Kepada ahli yang baru yang ingin mendaftar, pastikan anda membawa:

  • 1 Salinan passport
  • 2 Keping Gambar
  • Yuran Pendaftaran dan Yuran Tahunan sebanyak L.S 150

 

Pihak BKASS juga berharap agar semua ahli dapat saling berhubung dan bertukar maklumat bagi memastikan semua ahli mendapat informasi berkenaan dengan Mesyuarat Agung ini. Kehadiran di awal pagi adalah penting bagi memastikan program berlansung tanpa sebarang masalah.

 

Sebarang kemusykilan bolehlah diajukan kepada Timbalan Ydp BKASS: Mohammad Raji Bin Musa (0992844614), Pengarah MAT BKASS: Syed Mohammad Ishak Bin Syed Abu Bakar (0956558751)

 

Sekian terima kasih,

Setiausaha BKASS 09

BKASS Web Team & Kongsi Artikel

Assalamualaikum,

Kepada seluruh warga BKASS,

Kepada mereka yang berminat untuk menjadi pembantu webmaster (admin) kepada website ini seterusnya mempelajar selok belok dunia website, bolehlah menghubungi saudara: Mohammad Raji Bin Musa (0992844614) untuk perbincangan dan keterangan lanjut.

Antara kreteria/ciri utama yang diperlukan:

- Mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam menggunakan komputer (word, photoshop, etc)

- Mempunyai basic skill di dalam dunia internet

Jumlah ahli yang diperlukan adalah sekitar 5 orang (Ikhwah dan Akhwat)

Selain dari itu, kami juga mengalu-alukan sebarang artikel/tulisan dari sahabat-sahabat sekalian untuk dikongsi bersama di dalam website ini. Sila hantarkan artikel anda kepada saudara : Mohammad Raji Bin Musa (nucz_info) yahoo.com  untuk dipaparkan di dalam website ini. Anda (warga BKASS) bebas untuk menghantar sebarang artikel (artikel ilmiah, cerpen, diari kehidupan etc) dan semua artikel tersebut akan disiarkan selepas disemak oleh admin. Artikel yang ditulis disyaratkan tidak  menyentuh perkara sensitif yang boleh menggugat kestabilan perpaduan umat islam dan perpaduan BKASS secara khusus.

 

Sekian wassalam

tydp-bkass09

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Assalamualaikum,

Warga BKASS yang dihormati, bersempena dengan kedatangan aidilfitri yang mulia ini, kami barisan exco BKASS 09 ingin mengucapkan kepada seluruh ahli:

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN

Semoga ibadat sebulan Ramadhan yang telah dilakui ini menatijahkan sesuatu yang berharga buat diri kita. Mudah-mudahan ibadat yang dilakukan sebulan ini menjadi satu kebiasaan yang akan kita lakukan walaupun selepas berlalunya bulan ibadat. Tingkatkan ketakwaan dan keimanan kita kepada Allah, dan tautkan ikatan silaturrahim di antara kita. Saling bermaaf-maafan antara satu sama lain, merupakan syiar yang dituntut di hari raya ini. Meriahkan suasana raya anda dengan saling ziarah menziarahi dan menghubungi keluarga yang jauh, sahabat handai, dan kenalan. Semoga kita semua menjadi hamba yang sentiasa tunduk dan patuh dengan perintahNya.

 

Sekian,

Wassalam

Setiausaha BKASS

Penutup Ihya Ramadhan: Terima Kasih Ajk BKASS

Seluruh warga BKASS,

Kami pihak pengurusan badan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh tenaga kerja BKASS yang bertungkus lumus membantu perjalanan program penutup ihya Ramadhan. Terima kasih kami ucapkan kepada Ibrahim Hasyimi, Adib (Sarejeh), Adib (Tadamun), Basil, Ashraf Musa, Sufi, Yusrizal, Kharul Fikri, Shami, Nasrul Islam, Ishaq, Mujahid, Muadz Adnan, Shukri Tabligh, Hazuanuddin, Yob dan mereka-mereka yang mungkin terlupa untuk disebutkan.

Begitu juga dengan akhawat BKASS yang bekerja pada hari ini (17 September) di persiapan akhir di rumah PPMS semenjak pagi lagi.

Semoga tenaga yang disumbangkan khususnya di bulan Ramadhan ini akan mendapat ganjaran yang sebaiknya dari Allah s.w.t.

 

Sekian,

Setiausaha BKASS

Pertandingan Ihya Ramadhan: Tahniah atas komitmen anda

Kepada seluruh warga Selangor dan Kuala Lumpur, pihak pengurusan badan mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga BKASS yang telah memberikan komitmen memasuk pertandingan program ihya Ramadhan kali ini. Di antara peserta yang memasuki pertandingan adalah:

1-      Mohammad Basil Bin Isharuddin

2-      Mohammad Fahmi Bin Isharuddin

3-      Mohammad Yusrizal Bin Yushar

4-      Mohd Khairul Ni'mat Bin Doll Kawaid

5-      Fatahur Rahman Bin Mohd Hafid

6-      Muhammad Muadz Bin Adnan

7-      Syafiq Bin Tahir

8-      Mohd Nasrul Islam Bin Mohd Darus

9-      Mohammad Raji Bin Musa

10-   Adib (tadomun)

11-   Mohd Hafizi Bin Nin

12-   Solahuddin

13-   Wan Haris Bin Wan Khalil

14-   Wan Haziq Bin Wan Khalil

15-   Hasbullah (HPA)

16-   Ahmad Mujahid Bin Saleh Sani

17-   Ashraf Bin Musa

18-   Ahmad Abd Hafiz Bin Fadzilah

19-   Siti Aisyah Adnan

20-   Siti Hajar Fatimah Adnan

21-   Hafsah Binti Abdul Majid

22-   Siti Nor Aisyah Binti Ahli

23-   Shazarul Shazwani Binti Shamsuddin

24-   Hawa Afiqah

25-   Sarah Amalina Binti Doll Kawaid

26-   Latifah Binti Musa

Dan beberapa nama lagi yang mungkin tidak disebutkan. Pihak badan mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah atas  komitmen dan kerjasama yang diberikan.

Sekian,

Setiausaha BKASS

Penutup Ihya Ramadhan PPMS: Tenaga Kerja Diperlukan:

Kepada seluruh warga Selangor dan Kuala Lumpur,

Pihak pengurusan badan mengalu-alukan tenaga kerja untuk membantu memasak bagi program penutup Ihya Ramadhan PPMS.

Pembahagian tugas adalah seperti berikut:

 

Kumpulan 1 (ikhwah sahaja):

Tugasan: Memasak

Ketua: Ustaz Basil Isharuddin

Bilangan tenaga yang diperlukan 5 orang

Perincian tugas: Kumpulan ini akan bergabung dengan kumpulan anak kedah bagi menyiapkan masakan bermula seawall 8 pagi dan dijadualkan berakhir pada jam 3 petang 16 September 2009. Arahan akan diberikan oleh ketua syef memasak iaitu  Abang Rahim.

Menu: Daging Masak Merah, Ayam Goreng Kampung, Nasi Minyak, Acar, Air Teh Susu, Air Oren, (Anggur dan Kurma)

 

Ifthor Jamaie BKASS

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, kami


BADAN KEBAJIKAN ANAK SELANGOR SYRIA


ingin menjemput seluruh anak-anak Selangor dan Kuala Lumpur di Syria untuk menghadiri


MAJLIS BERBUKA PUASA (IFTHOR JAMAIE)


pada 14 September 2009 bersamaan 24 Ramadhan 1430
Hari Isnin
bertempat di Rumah PPMS
majlis akan bermula pada 5.00 ptg

 

Agenda Majlis:
Diskusi
Taujihat YDP BKASS (USTAZ RAHMATULLAH BIN ABD KADER)
IFTHOR JAMAIE

 

Perhatian: sampaikan berita ini kepada rakan-rakan anda yang lain (Selangor dan Kuala Lumpur sahaja)

"Bersama-samalah memeriahkan program ini"

 

Penyertaan Anak BKASS ke Pertandingan Ihya Ramadhan

Kepada seluruh warga Selangor dan Kuala Lumpur,

Anda digalakkan untuk menyertai pertandingan Ihya Ramadhan yang dianjurkan oleh PPMS. Antara pertandingan yang dianjurkan bersempena dengan Ramadhan kali ini adalah:

1)      Kuiz Ramadan

2)      Pengucapan Awam (Pidato, Khutbah, Tazkirah dan sebagainya)

3)      Penulisan Esei (Cerpen, Tazkirah, Artikel Ilmiah dan sebagainya)

4)      Rekacipta Kad Raya (Moden dan Tradisional)

5)      Rekacipta Poster (Moden dan Tradisional)

6)      Musabaqah al-Quran

7)      Rekacipta Slide Show Ramadhan.

Setiap pertandingan yang disertai oleh anak bkan akan menyumbang 2 mata kepada bkan tersebut. Bkan yang berjaya mengumpul jumlah mata terbanyak akan memenangi anugerah bkan terbaik Ramadhan kali ini. Justeru itu, anda semua dijemput untuk menyertai pertandingan ini.

Kepada yang berminat, sila daftarkan penyertaan anda terus kepada Unit Thaqofah dan Pengisian Ihya Ramadhan PPMS atau mendaftarkan diri kepada Ustaz Mohammad Raji Bin Musa. Pendaftaran dibuka dari 22 Ogos 2009 sehingga 11 September 2009. Bagi pertandingan pengucapan awam dan musabaqah al-Quran, pertandingan akan diadakan pada 8 September 2009 di rumah PPMS.

Sekian Wassalam,

Setiausaha BKASS

Ramadhan Karim - Kullu Am Wa Antum Bi Khair

Bersempena dengan kedatangan bulan ibadat ini, kami barisan exco Badan Kebajikan Anak Selangor Syria ingin mengucapkan :

Selamat Melaksanakan Ibadat Puasa dan Selamat Beribadat, Kullu A'm wa Antum Bi Khair.

Marilah kita bersama-sama menggunakan peluang yang diberikan oleh Allah s.w.t di bulan mulia ini untuk melakukan ibadat sebanyak yang mungkin dan menggunakan peluang untuk memperbaiki diri dengan memperbanyakkan membaca al-Quran, menunaikan ibadat puasa dengan penuh keikhlasan mencari keredhaan Allah, menjaga pandangan mata dari melihat perkara-perkara yang mengundang kemurkaan Allah, menjaga percakapan dari memperkatakan sesuatu yang melekakan apatah lagi perkara-perkara yang membawa kefasadan, saling nasihat menasihati di antara satu sama lain, saling memperingati, menggunakan waktu malam untuk bertahajjud dan solat hajat, menghubungi keluarga di malaysia dan bertanya kabar , menjalinkan silaturrahim dengan teman-teman yang jauh, memperbanyakkan sedekah dan membantu faqir miskin serta teman-teman yang susah, bersolat tarawih secara berjemaah dengan mentadabbur bacaan al-quran di masjid-masjid, menjaga solat jemaah 5 waktu dan solat pada awal waktu, menjauhkan dari duduk di internet cafe membuang masa tanpa tujuan dan banyak lagi.

Gunakanlah peluang ini dengan sebaik mungkin selagi nyawa dikandung badan. Usia yang berlalu tidak akan pernah kembali. Manusia semakin tua dan semakin dekat kepada kematian. Apabila mata tertutup, baru penyesalan menggunung tinggi. Tapi segalanya sudah terlambat. Tiada masa tambahan, tiada peluang kedua, tiada excuses, tiada alasan.

 

Kami juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk mengajak para ahli Selangor untuk menyertai segala program dan pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Malaysia Syria.

Terdapat pelbagai program menanti anda. Ceramah agama, Forum, Tazkirah, Ifthar Jamaie, Qiamullail, Musabaqah Ramadhan dan banyak lagi.? Jadikan diri anda sebagai orang yang merebut peluang mengenali rakan-rakan seagama dan se'malaysia dengan menziarahi rumah persatuan.

Tautkan ikatan silaturrahim dan bina ukhuwwah mudah-mudahan ianya memberikan satu input yang baik kepada diri anda khususnya apabila pulang ke Malaysia nanti.

Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari sebelumnya.

 

Sekian,

dengan ingatan tulis ikhlas dari kami

exco BKASS 2009