Aktiviti

BKASS + Twitter = Lebih Berinformasi

Kini, BKASS maju setapak lagi dengan melancarkan (twitter) bkassinfo . Apakah itu twitter? sila rujuk di twitter.com . Secara ringkasnya ianya adalah satu teknologi microblogging yang mendapat sambutan ramai kerana keberkesanannya menyampaikan informasi micro kepada pengguna. Maklumat yang dihantar akan dapat dibaca oleh pengguna melalui handphone mereka di mana mereka berada. Dengan penggunaan teknologi ini, maklumat dari pentadbiran BKASS akan dapat disampaikan dengan kadar yang cepat kepada seluruh ahli dengan lebih berkesan dan seterusnya menyelesaikan masalah "iklan tidak sampai!".

Apakah yang perlu anda lakukan?

Pertama: ada perlu mendaftar di twitter.com sebagai seorang pengguna. Cara mendaftar adalah sama sepertimana anda mendaftar email percuma anda (yahoo atau gmail).

Kedua: sila login ke dalam akaun ada di twitter.com

Ketiga: sila buka pautan : twitter.com/bkassinfo dan kemudian tekan pautan : follow

Kini anda telah menjadi seorang follower kepada bkassinfo dimana semua maklumat yang dihantar oleh pentadbiran bkass akan dapat dibaca oleh anda melalui akaun yang telah anda daftarkan.

Ifthor Jamaie dan Diskusi kali ke tiga

Isnin, 14 Septemer (24 Ramadhan), PPMS (Damascus):  Seramai 40 ahli (ikhwah dan akhawat) telah menghadirkan diri ke majlis berbuka puasa untuk anak-anak Selangor dan Kuala Lumpur di Syria yang berlansung di rumah PPMS hari ini. Majlis yang bermula seawal jam 4.30 petang dimulakan dengan majlis bacaan al-quran beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Mujahid Bin Saleh Sani. Majlis seterusnya diikuti dengan program diskusi anak BKASS kali ke tiga yang dipengerusikan oleh Ustaz Nasrul Islam Bin Darus. Diskusi kali ini diisi oleh dua orang pembentang iaitu Ustaz Hairul Faizal Bin Isa dan Ustaz Syed Mohammad Ishak Bin Syed Abu Bakar. Bagi pihak akhawat, majlis dimulakan dengan bacaan al-mathurat. Seterusnya diikuti dengan penyampaian tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Aisyah Amir Ramli yang dipengerusikan oleh Ustazah Aisyah Adnan. Majlis taujihat dari YDP iaitu Ustaz Rahmatullah Bin Abdul Kader yang dijadualkan berlansung, terpaksa ditangguhkan akibat kesuntukan masa. Program diakhiri dengan majlis berbuka puasa bersama-sama selepas solat maghrib berjemaah di rumah PPMS.

Rehlah BKASS berjaya (Halab- Hama - Homs)

Dimasyq, Isnin 17 Ogos : Rehlah ahli bagi Badan Kebajikan Anak Selangor Syria pada tahun ini telah berjaya dilaksanakan. Kali ini, Halab, Hama dan Homs sekali lagi menjadi tumpuan ahli. Seramai 45 orang pelajar yang terdiri dari anggota BKASS dan beberapa anggota luar telah mendaftar untuk mengikuti program ini. Program dimulakan dengan perhimpunan ahli pada malam Isnin (16 Ogos 2009) dan rombongan bertolak terus ke distinasi pertama (halab) pada tepat jam 11.30 malam dan sampai di destinasi pada jam 4.30 pagi.

Misi Ukhuwwah Bola Sepak BKASS

Selasa, 21 Julai , Nidol – Badan Kebajikan Anak Selangor Syria telah menganjurkan perlawanan bola sepak menentang pasukan Terengganu dan Kedah. Perlawanan yang bermula seawal pagi tersebut menyaksikan tumpasnya kumpulan A BKASS yang menentang pasukan Terengganu dengan keputusan 1-7. Manakan kumpulan B BKASS pula hanya mampu untuk mencapai keputusan seri 4-4 ketika menentang pasukan Kedah. Perlawanan dimulakan dengan tazkirah yang disampaikan kepada ahli BKASS oleh Ustaz Nasrul Islam yang merangkap ketua pasukan A. Pihak badan mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bekerja menjayakan program ini.

Galeri BKASS

Football Player's Selection

Sabtu, 21 Mac 2009, Nadi Nidol – Badan Kebajikan Anak Selangor Syria (BKASS) telah berjaya mengadakan “latihan bolasepak dan uji bakat” buat kali pertama sesi pentadbiran 2009 pada hari ini. Program yang bemula pada jam 8.30 pagi ini telah disertai oleh seramai 20 orang pelajar ikhwah. Program yang dikendalikan secara khusus oleh saudara amni (ketua Lajnah Kebajikan dan Sukan ) ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara ahli di kalangan anak Selangor di Syria seterusnya mencari bakat-bakat baru untuk diserapkan ke dalam pasukan bola sepak anak Selangor (ikhwah) yang akan dibentuk tidak lama lagi. Kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli berada pada tahap terbaik di mana 4 pasukan kecil telah dibentuk bagi memberi peluang kepada mereka menunjukkan aksi masing-masing. Program ini di akhiri dengan sesi taklimat khas berkenaan takwim tahunan (BKASS), pembentukan kumpulan diskusi sementara, lantikan penghulu kawasan bagi ikhwah dan kemaskini email ahli yang dikendalikan oleh ajkt yang hadir. Pihak pentadbiran BKASS mengucapkan jutaan terima kasih di atas kerjasama yang diberikan serta memohon maaf di atas kelemahan pengurusan khususnya kesilapan ketika mengeluarkan iklan program.

Tautan Mahabbah BKASS kali ke 2

17 Jan 2009: Seramai 50 orang ahli BKASS telah mengikuti program Tautan Mahabbah. Program ini telah dianjurkan oleh Badan Kebajikan Anak Negeri Selangor(BKASS) bertempat di rumah PPMS. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli dan memperkenalkan ahli dengan AJKT BKASS serta mengemaskinikan borang permohonan zakat.